»

Tuesday 10 July 2012

Inilah Aku Seorang Student

Salam
Hye
Memang kuasa rajin aku menjadi lah . Apa tidaknya tak sampai sejam aku dah tulis dua entry rajin an..an.an.Wokeyh sebagai permulaan aku nak cita sikit la sapa aku ni sebenaq-benaqnya. Halimunan kah..princess kah..milionairkah.Excatly tiga-tiga tu bukan pun (halimunan mungkin kot huahuahua) tapi mana nak tau kot-kot rezeki aku satu hari nanti dapat gelaran princess or milionair kan. Sapa tau rezeki masing-masing kan. Macam aku tengok dalam berita tadi seorang pembantu rumah dari Indonesia jadi jutawan apabila majikannya mewasiatkan harta kepadanya.Perghh...da lah la majikanya tu taukeh besar kat Arab Saudi nuh.Itulah rezeki namanya tuah ayam nampak kat kaki tuah manusia sapa yang tau.

Aku ni sebenarnya cuma seorang student yang menuntut dalam Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa kat UUM. Korang tau arkk hidup sebagai seorang pelajar ni memang best. Tak kisah la kat mana pun tempat belajar kita belajar sekolah ka apa ka nama ja student memang best. 

Kenapa bestnya jadi seorang student ni?? Sebabnya masa kita jadi student nih la kita dah mula survive diri kita dah mula start berdikari. Apa yang perlu difikirkan belajar ja....pastu wat kerja atau tugasan.Masa time jadi pelajar ni lah kita akan belajar banyak perkara dan join macam-macam aktiviti. Best ooo...seriously bila dah kerja korang percayalah cakap aku korang mesti akan teringat zaman-zaman korang jadi pelajar dulu sebabnya aku tau sekarang ni pun bila korang dok kat IPTA atau IPTS korang akan ingat zaman korang sekolah dulu tapi bila korang zaman kerja korang akan ingat pulak zaman masa korang kat sekolah dan masa kat IPTA atau IPTS. 

Nasihat aku pada diri sendiri dan orang lain (perghh bagi nasihat kat orang tu ..tak sedar diri betul..tak kisah la janji..aku  habiskan entry ni ) kalau korang still lagi pelajar korang jangan sia-siakan masa korang sebagi pelajar . Korang gunakanlah dengan sebaik mungkin sebab apa yang korang lakukan hari ini korang akan ingat sampai bila bila.



Hye New Blog Yang Tak Berapa Nak Menarik Lagi

Salam
Selamat Tengah Hari..

Wah...tengah hari pun still rasa macam pagi lagi apa tidaknya satu hari hujan membasahi bumi. Ni kalo tidoq ni syioq ooo..Tapi itulakan hujan ni hujan rahmat tak gitu.

Aku ni sebenarnya tak dak lah pandai nak menulis blog pun tak macam orang lain blog semua mantap-mantap menarik tertarik semualah. Aku ni cuma tahu menulis blog ni sekadar suka suka ja ikut hati dan perasaan aku ja. Apa yang aku rasa nak tulis aku tulis .

Tapi aku rasakan kali ni aku nak rajinkan diri aku yang malas ni untuk tulis blog (perghhh..berapa kali dah dok kata macam tu tapi tetap gak tak rajin..ayuh...kuasa rajin datanglah padaku ) hahahahaa..

So..sempena tarikh 11 Julai 2012 ni dengan kemalasan aku, aku telah melahirkan blog aku yang tak seberapa gah ni. Bukan apa sekarang cuti semester alkisahnya aku nak isi la masa lapang aku nih untuk conteng kat aku punya blog ni.

Aku harap korang yang baca blog aku nih kalau korang tak faham aku tulis apa jangan segan nuh nak tanya besala aku orang kedah ayat tu kadang-kadang berada di luar Kamus Dewan hahaaha.

Jadi..aku harap korang enjoy yup aku punya blog ni.Aku still perlukan pendapat..tunjuk ajar dan apa-apa jerlah dari korang semua.